Wednesday, April 17, 2013

CYst... aku punyai cYst..

CysT sejenis penyakit yang tak ada lagi yang boleh mengungkapkan atau menjelas kan yang sebenar nya kejadian penyakit ini. ada banyak blog yang telah aku baca kan tentang sakit ini dan ramai juga yang mengidap. dan akibat nya masih di luar jangkaan. dan aku juga salah seorang dari beribu wanita atau gadis di luar sana yang mengidap penyakit ini. pada tarikh 01/03/2013. aku di bedah oleh salah seorang doctor pakar puan di salah satu hospital pakar terkemuka di johor bahru. ketika aku dapat tahu akan sakit aku pada saat doctor mengesahkan yang aku punyai tumbuhan di rahim, gelap hidup aku,aku terasa dunia bagai kan tak ada angin .. ribut dan juga masa2 yang aku lalui dalam hidup aku ni, ibarat hukuman kepada aku yang melalui detik yang mencemas kan. memang orang kata sakit cyst ni biasa dan tidak bahaya namun sesiapa yang melalui pasti akan terasa akan apa yang aku rasakan atas sakit yang terjadi pada dalam diri kita ini. JAdi Untuk Info Korang , korang Boleh melawat ke blog http://drzubaidi.com/blog/?p=804#comment-8395. alhamdulillah sekarang aku telah pulih dari kesakitan yang aku alami dalam lingkungan 2 bulan lepas. namun aku masih perlukan masa untuk berehat kerana kesan pembedahan pada perut masih terasa denyutan walau telah pulih permukaan perut aku. dan juga cuma aku masih tak yakin pada diri aku kerana doctor mengatakan setelah pembedahan yang aku kemungkinan besar susah untuk mengandung dan bagi aku bende ni memang merisau kan aku dengan tarikh perkahwinan yang baru setahun jagung. aku harap aku mampu memberikan zuriat yang sempurna untuk suami ku kelak atau mungkin dalam masa terdekat ini. semoga allah sentiasa merahmati aku dan suami aku.. amin..

Tuesday, April 16, 2013

HAri bersejaRAh baGi aku ..

Asskum. lama da aku tak tulis di blog aku, kerana pelbagai bende terjadi dalam hidup aku, pejam celi pejam celik dah masuk 4 bulan aku bergelar isteri orang , dan hari bersejahrah aku itu jatuh pada tarikh 23/12/2012. dan a few pict ni aku boleh shared lain aku pergi bercuti di LAngkawi. banyak aku nak cerita tentang langKawi tapi , aku tak cukupmasa untuk bercerita. jadi apa yang aku boleh cerita lanGkaWi is the best tuk relese tansion.. huhu and banyak chocolate dan barangan dapur yang semua wanita suka untuk membeli belah.. maybe next time bila aku rajin aku akan shared afew pict aku di sana bersama suami tersayang. bYeeeeee.=)

Saturday, November 10, 2012

sekali lagi setelah lama ku tinggalkan

ini la shoot aku setelah lama ku tinggal kan bidang model. ini pict terkini dgn tidak di jangke berat badan aku yang mendadak naik tampe aku sadari. argh tension sungguh. ketiadaan ibu ku membuatkan aku stress dengan tampe aku sadari aku makan dengan banyak. salah satu sebab juga kerana tunang aku, tah la semakin hari di hitung aku semakin tidak keruan dengan kehujudan maknusia yang ada dikeliling aku seperti mendoakan kegagalan perkahwinan yang aku rancang. sediy nya. kenapa mereka buat begitu kepada aku? tak terjawab apa yang aku persoal kerana hubungan aku memang keronik. dia dengan aku sangat tidak sehaluan. tah kenapa kami jadi begini. kenapa tak lagi 3 thn lepas dan sebelum ibu tiada? apakah takdir yang tertulis begini hidup aku tampe aku minta. lagi 51 hari lagi dihitung aku akan menjadi isteri , namin kebahagiaan tu aku x nampak. urmm.. tah kenapa terasa begini. adakah ada hikmah atau balasan atas apa yang aku lalui dalam hidup selama ini.. terhitung la hari .....

Sunday, November 4, 2012

jika orang ingin tahu apa aku rasa

apa aku rasa ni memang sukar. pilihan demi pilihan dalam hidup aku. aku tak mampu bernafas dengan bende yang terjadi.. jadi pilihan yang aku rasa bole buat aku kembali ke jalan yang benar mungkin aku harus berhenti keje dan tinggal kan dia jauh dari hidup aku dan juga aku harus pergi jauh. tapi itu x mampu aku lakukan.. itu hanya satu perbualan shja..dan itu yg tersirat namun x mampu aku tahan kan di hati aku ini. SelaMAT pagi sEmUa harap penulisan seterus nya tidak la seseduh ini.

Wednesday, October 31, 2012

rasa nak mati

aku da mula rasa kehilangan ibu ku yg tercinta.. apa bila tunang aku pula yang tak endah akan aku, dan sekarang aku mula curiga. mungkin apa yg org doakan akan terjadi jika aku tak dapat menahan akan kesakitan hati yang semakin mendalam.. kawan2 pula menemani aku dengan suara ketawa jika hubungan aku ini gagal di tengah jalan , oh sakit nya diri terasa seperti ingin pergi jauh dari sesiapa sahaja yang mengenali diri ku. kenapa kah susah untuk seorang lelaki menyayangi dan mencintai aku. dipermudahkan cerita jangan kecewakan hati aku sebelum aku mengecewa kan hati sesiapa.. aku tak mampu bernafas dengan baik bila masalah demi maslah menimpa diri aku.. mereka tak tahu akan kegusaran hati aku yang semakin mendalam tertusuk kedalam jiwa aku yang kosong ini.. aku terasa aku seperti di tengah landasan kereta api dengan bunyian riuh yang memecah gegendang telinga aku dan menusuk jarum ke urat saraf ku hingga hari bahagia seharus nya aku lalui... arhhhggh .. sakit benar rasa hati aku dengan kekosongan ini. tak ada sape yang tahu rasa aku jika dia sendiri tak merasa apa yang ku rasa.

Sunday, September 30, 2012

cantik ke ???

assalam. to all.. topik hAri ini adalaH..
CANTIK KE?? mcm aku aku x tahu apa itu cantik sebab apa yg tuhan bagi dan berikan kepada aku aku terima dengan seadanya... namun mengekal kan kecantikan bukan nya di tangan aku bila usia aku dan sesiapa shja yang sentiasa berganjak menuju ke alam tua nya, dia akan sedar akan masa yang harus dihargainya pada usia mude nya..banyak orang kata make up asas kecantikan kepada sesiapa sahaja bila di usia mude nya. tapi bagi aku, asas kecantikan dari wajah dan memek muke kita sendiri. asal nya kulit kita adalah sensitif bila kita bertukar dengan produk2 luar sana terutama makeup.. kebanyakan makeup adalah sangat sensitif kepada kulit2 kita, kerana dia membuat kan kulit muke kita mati jike memakai terlalu lama di atas permukaan kulit muke . jadi ramai juga yang bertukar tukar pendapat tentang kulit muke. namu justeru itu muncul la produk2 pencuci muke dan anti sel kulit mati al. pelbagai cara dengan mengunakan laser tuk menutup ruang pori yang terbuka di atas permukaan mule kita.

Saturday, September 29, 2012

leGo Land✌😁

legoland 1 lagi kejayaan yang dicipta malaysia.. di kawasan terbesar iskandar NEGERi JOHOR DARUL takzim... jadi hari ini aku nak shared serbe sedikit pict aku di sana pada hari pembukaan nya pada 15/09/2012 dan sambil itu ada info sedikit yg nak di kongsi



😍😍Legoland Malaysia, Tarikan Tempatan Bertaraf Antarabangsa

JOHOR BAHARU, 15 Sept (Bernama) -- Pertama di Asia, Legoland Malaysia menerima sambutan hangat daripada para pengunjung di hari pertama pembukaannya kepada orang ramai hari ini dengan mencatatkan kedatangan kira-kira 4,000 pengunjung setakat pukul 12.00 tengah hari.

Seawal jam 9 pagi, pengunjung mula bersesak di pintu masuk utama taman tema itu dan dijangkakan 10,000 pengunjung akan memenuhi taman ini hari ini.

Sementara menunggu pintu utama dibuka, para pengunjung disajikan dengan pertunjukan yang hebat oleh pancaragam Legoland, Billund Marching Band, yang diterbangkan khas dari Denmark, disamping persembahan tarian oleh krew Legoland Malaysia.

Rata-rata pengunjung merasa teruja dengan pembukaan taman tema Legoland ini kepada orang ramai, dan ada antara mereka yang bercadang untuk datang ke sini lagi.

Antara yang berkumpul di pintu masuk utama Legoland ialah Norhaiza, 32, yang datang bersama suami dan anak beliau dari Shah Alam bagi merasai sendiri suasana pembukaannya.

"Kami sekeluarga berasa sangat teruja untuk datang ke sini (Legoland Malaysia) yang merupakan yang pertama di Asia," katanya kepada Bernama.

Pada pandangan Norhaiza, taman tema ini sememangnya menarik dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang dapat dicuba.

Selain itu, Amin, 21, pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, turut teruja dengan pembukaan taman Legoland ini.

"Kami datang berempat dari Klang, dan bagi remaja seperti kami, taman tema sebegini sudah pastinya menjadi destinasi yang seronok untuk dikunjungi," kata beliau.

Namun begitu, katanya, kebanyakan permainan lebih ditujukan kepada pengunjung kanak-kanak dan berharap lebih banyak permainan interaktif dapat disediakan oleh pihak Legoland untuk golongan seperti mereka di masa akan datang.

"Bagaimanapun, kami pasti akan datang lagi ke sini, dan menunggu pembukaan taman tema airnya pula," tambah beliau.

Pasangan dari Jerman, Alexandra dan Micheal menyatakan kehadiran mereka pada pembukaan hari ini adalah secara kebetulan dengan kunjungan mereka ke Malaysia.

"Kami melihat promosinya di media massa tempatan dan kami rasa ia adalah sesuatu yang pastinya seronok untuk dicuba," kata Alexandra.

Sementara itu, Pengarah Urusan Legoland Parks, Merlin Entertainment, John Jakobsen, berkata pihaknya merasa sangat gembira dengan kehadiran beribu-ribu pengunjung dari merata tempat termasuk dari Singapura, Filipina dan Indonesia.

"Ini membuktikan Legoland Malaysia tidak hanya menarik pengunjung tempatan malahan juga dari luar negara dan kami merancang untuk memperkenalkan permainan baru di masa akan datang," tambah beliau.

Untuk meraikan pembukaan pertama Legoland Malaysia, kata Jakobsen, selain persembahan istimewa oleh pancaragam Legoland, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan pertunjukan bunga api pada malam ini.

Legoland Malaysia adalah yang pertama seumpamanya di Asia dan keenam di dunia. Ia menyediakan lebih 40 permainan interaktif yang disasarkan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.

Taman tema keluarga yang menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan dari negara-negara Asia ini dijangka menjadi resort tarikan keluarga terbesar di Asean dengan taman air dan hotel yang masing-masing sedang dibina dan dijangka dibuka pada 2013 dan 2014.

-- BERNAMA

so a few pict i ada up load when i was there, then if u want to go there... ada satu pete tuk pergi ke legoland kota iskandar .

so hope that info ni da cukup membantu!!!😲😜😍😍😍😝😁😁