legoland 1 lagi kejayaan yang dicipta malaysia.. di kawasan terbesar iskandar NEGERi JOHOR DARUL takzim... jadi hari ini aku nak shared serbe sedikit pict aku di sana pada hari pembukaan nya pada 15/09/2012 dan sambil itu ada info sedikit yg nak di kongsi
ππLegoland Malaysia, Tarikan Tempatan Bertaraf Antarabangsa
JOHOR BAHARU, 15 Sept (Bernama) -- Pertama di Asia, Legoland Malaysia menerima sambutan hangat daripada para pengunjung di hari pertama pembukaannya kepada orang ramai hari ini dengan mencatatkan kedatangan kira-kira 4,000 pengunjung setakat pukul 12.00 tengah hari.
Seawal jam 9 pagi, pengunjung mula bersesak di pintu masuk utama taman tema itu dan dijangkakan 10,000 pengunjung akan memenuhi taman ini hari ini.
Sementara menunggu pintu utama dibuka, para pengunjung disajikan dengan pertunjukan yang hebat oleh pancaragam Legoland, Billund Marching Band, yang diterbangkan khas dari Denmark, disamping persembahan tarian oleh krew Legoland Malaysia.
Rata-rata pengunjung merasa teruja dengan pembukaan taman tema Legoland ini kepada orang ramai, dan ada antara mereka yang bercadang untuk datang ke sini lagi.
Antara yang berkumpul di pintu masuk utama Legoland ialah Norhaiza, 32, yang datang bersama suami dan anak beliau dari Shah Alam bagi merasai sendiri suasana pembukaannya.
"Kami sekeluarga berasa sangat teruja untuk datang ke sini (Legoland Malaysia) yang merupakan yang pertama di Asia," katanya kepada Bernama.
Pada pandangan Norhaiza, taman tema ini sememangnya menarik dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang dapat dicuba.
Selain itu, Amin, 21, pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, turut teruja dengan pembukaan taman Legoland ini.
"Kami datang berempat dari Klang, dan bagi remaja seperti kami, taman tema sebegini sudah pastinya menjadi destinasi yang seronok untuk dikunjungi," kata beliau.
Namun begitu, katanya, kebanyakan permainan lebih ditujukan kepada pengunjung kanak-kanak dan berharap lebih banyak permainan interaktif dapat disediakan oleh pihak Legoland untuk golongan seperti mereka di masa akan datang.
"Bagaimanapun, kami pasti akan datang lagi ke sini, dan menunggu pembukaan taman tema airnya pula," tambah beliau.
Pasangan dari Jerman, Alexandra dan Micheal menyatakan kehadiran mereka pada pembukaan hari ini adalah secara kebetulan dengan kunjungan mereka ke Malaysia.
"Kami melihat promosinya di media massa tempatan dan kami rasa ia adalah sesuatu yang pastinya seronok untuk dicuba," kata Alexandra.
Sementara itu, Pengarah Urusan Legoland Parks, Merlin Entertainment, John Jakobsen, berkata pihaknya merasa sangat gembira dengan kehadiran beribu-ribu pengunjung dari merata tempat termasuk dari Singapura, Filipina dan Indonesia.
"Ini membuktikan Legoland Malaysia tidak hanya menarik pengunjung tempatan malahan juga dari luar negara dan kami merancang untuk memperkenalkan permainan baru di masa akan datang," tambah beliau.
Untuk meraikan pembukaan pertama Legoland Malaysia, kata Jakobsen, selain persembahan istimewa oleh pancaragam Legoland, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan pertunjukan bunga api pada malam ini.
Legoland Malaysia adalah yang pertama seumpamanya di Asia dan keenam di dunia. Ia menyediakan lebih 40 permainan interaktif yang disasarkan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.
Taman tema keluarga yang menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan dari negara-negara Asia ini dijangka menjadi resort tarikan keluarga terbesar di Asean dengan taman air dan hotel yang masing-masing sedang dibina dan dijangka dibuka pada 2013 dan 2014.
-- BERNAMA
so a few pict i ada up load when i was there, then if u want to go there... ada satu pete tuk pergi ke legoland kota iskandar .
so hope that info ni da cukup membantu!!!π²πππππππ
No comments:
Post a Comment