pulak dengan masalah ekonomi yang semakin hari semakin menyakitkan rakyat , mungkin mereka tak sedar yang tak semua orang gembira itu senang sahaja.. susah adalah peneman jiwa, cuma tak ada yang mengerti rasa sakit nya... tak semua yang ada kat dunia ni senyum sentiasa... urm so ini a few pict ketika berada di langkawi.. tempat bersejarah.
Haa.. nampak tak gunung ganang yang berbentuk seorang wanita hamil
ini lah dia Pulau dayan senangdung cerita tentang pulau ini pulak ada kesah nya yang tersendiri jugak mulut ke mulut yang bercerita kesah dongeng pun ada, so lai baca kesahnya.
(Actually cerita ni dari salah satu blog yang ada, so hope enjoy la baca)
Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting.Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.
Kisah Pulau Dayang Bunting bermula apabila puteri kayangan itu dikatakan terserempak dengan Putera Teja ketika puteri itu dan beberapa dayangnya mandi-manda di tasik berkenaan.
Lantas, Putera Teja yang terpegun dengan kecantikan Puteri Dayang Sari jatuh cinta pandang pertama dan mula mencari jalan untuk memikat.
Hari demi hari, Putera Teja dikatakan cuba memikat Puteri Dayang Sari dengan puisi serta lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya.
Selepas beberapa usaha itu menemui jalan buntu, beliau mula meminta petua daripada bijak pandai tempatan untuk memenangi hati puteri itu.
"Diceritakan ada bijak pandai tempatan yang memberi petua kepada Putera Teja supaya dia membasuh mukanya dengan air mata ikan duyung," katanya.
Sebaik Putera Teja berbuat demikian, Puteri Dayang Sari dikatakan jatuh cinta dan tertarik dengan ketampanan putera raja itu.
Beberapa siri pertemuan susulan diatur dan mereka berdua akhirnya bertunang dan berkahwin dalam satu majlis gilang gemilang dengan dihadiri ramai tetamu termasuk daripada kayangan.
Selepas berkahwin, Puteri Dayang Sari mengandung, tetapi agak malang apabila bayinya itu mati selepas enam hari dilahirkan menyebabkan puteri itu kecewa lantas menganggap dia diperangkap untuk berkahwin dengan Putera Teja.
Puteri Dayang Sari dikatakan mencampakkan mayat bayinya ke tasik itu dan merajuk mahu pulang ke kayangan tetapi dipujuk suaminya supaya tidak berbuat demikian tetapi tidak berjaya.
Tasik berkenaan seluas 10 hektar kemudian dikatakan dinamakan Tasik Dayang Bunting sempena nama puteri itu yang tidak diketahui sama ada benar-benar wujud atau sebaliknya.
Puteri Dayang Sari yang dikatakan memiliki penawar kemandulan juga diceritakan sempat menjampi air tasik berkenaan sebelum pulang ke kayangan supaya ia menjadi penawar kepada kemandulan.
Air tasik itu sehingga kini dipercayai sesetengah orang berupaya menjadi penawar kemandulan bagi pasangan yang gagal mendapatkan anak.
Bagaimanapun, tidak ada bukti kukuh atau saintifik selain daripada cerita rakyat yang mengaitkan air tasik berkenaan dengan keupayaan mengakhiri kemandulan wanita.
Ketika ini, cerita Puteri Dayang Sari itu masih kekal sebagai kisah yang diceritakan kepada pelancong sebagai mengisi masa lawatan ke tasik itu yang secara semula jadinya amat indah.
Selagi tiada kajian saintifik, keajaiban mistik air tasik itu seperti didakwa segelintir individu dan disebarkan daripada mulut ke mulut akan kekal sebagai kejadian aneh dan tidak dapat dirungkaikan.
Dalam catatan bertajuk ‘Mengenal Pulau Langkawi’ oleh Mahmud Ali pada 1940-an ada menyebut ketika Tanah Melayu penaklukan Jepun, beberapa askar negara matahari terbit itu mengunjungi tasik untuk berkelah.
Bagaimanapun, seorang askar yang dikatakan mandi berbogel di tasik itu menjadi mangsa "buaya putih" yang dikatakan menjadi penunggu tasik berkenaan dan tidak suka dengan perbuatan berbogel di situ.
Pada masa sama, rakannya yang berada di tebing tasik dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah buaya itu, tetapi sebutir peluru pun tidak menembusi badannya.
Cerita itu tidak pernah dibuktikan malah tidak ada mangsa lain dilaporkan sehingga ini.
Apapun jua cerita rakyat yang dikaitkan dengan pulau itu, ia kini menjadi tarikan utama pelancong dan infrastrukturnya dibaiki dan menerima ramai pelancong dalam dan luar negara.
Selain kicauan burung, tasik itu agak istimewa kerana memiliki air yang jernih dan di kelilingi daripada setiap sudut oleh cerun curam yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok dan dipisahkan laut oleh timbunan batu kapur.
Beberapa misteri tasik itu masih kekal hingga ke hari ini ialah airnya tawar walaupun cuma berada 50 meter daripada laut.
FAKTA: Pulau Dayang Bunting, Langkawi
@ Keluasan 50.9 kilometer persegi, pulau kedua terbesar antara 99 pulau di Langkawi.
@Terletak dua kilometer di luar pantai Kuah.
@Tiada penempatan dibenarkan untuk menjaga alam semula jadi.
@Tasik Dayang Bunting adalah tasik semula jadi yang unik di Malaysia. Kaya dengan flora dan fauna dan dipisahkan daripada laut oleh tebing batu kapur yang nipis.
@
berapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama mambang sri duduk di pulau ini.tiap hari mambang dan dayang dayang bermain di suatu tempat bernama pasir telok ayer tahun.
dalam ketika bermain di tasik itu , mambang dan dayang dayang nya mandi di telok lawak.
dan ada Jin Mat teja selalu mengikut dari jauh kerana tidak mahu ketahuan kehadiran nya kerana satu peristiwa yang membuatnya terpaut dengan kecantikan mambang sari,
setiap kali dia mengikuti dari jauh dia tidak berani menyatakan kasihnya kepada mambang seri,
akhirnya dia pergi ke telok ayer tahun, dalam perjalanan mat teja kena melalui tempat yang dipanggil diang.
dan ditempat ini ada sorang yang dipaggil tuk diang,
dan dia pun bertanyakan kepada mat teja kemana kah dia hendak pergi,
jawab mat teja dia ingin mengikut kekasih hatinya kerana telah jatuh cinta kepada mambang seri.
tuk diang memberi petua supaya mambang seri jatuh cinta kepada nya,
ambil sebatang buluh , pergi berjalan ke pantai laut awktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tebung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil telok kahar.
apabila dapat air mata duyung itu basuh muka dengaya apabila ia lihat mambang sari.
teja sangat teruja dan terus mengikut petua yang diberikan.
Mat teja sampai di telok kahar waktu air surut , maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat pulang ke laut.
apa bila Mat taja melihat dunyung itu terbenting di batu, ia tak melengah kan peluang membuka tali pinggangnya dimana tergantung tebung buluh tersebut dan menadah air mata duyung itu.
apabila sudah dapat dia terus ke telok lawak.
maka menyapukan air di leher dan muka nya menggunaka air mata duyung tadi.
dan akhir nya mambang seri jatuh hati kepada nya dan mereka berkasih kasihan , ada kala mereka bertemu di laut. tidak la,a kemudian mambang seri pun bunting dan balik ke suatu tempat di mana mambang seri ingin melahirkan anak nya , selepas 7 hari mambang seri melahirkan anaknya, anaknya meninggal dunia. dan mambang seri mencampakan anak nya ke sebuah tasik, dan tasik itu di panggilkan TASIK DAYANG BUNTING.
ini sahaja yang aku boleh share tentang dayang bunting, sinopsis aku pulak pasal kesah dayang bunting ni berlain dari cerita2 di atas, apa yang aku tahu dayang bunting anak nya di kebumikan di tasik itu ,
dan juga dayang yang mangkat ketika melahirkan. dan disemadikan di tasik itu oleh tun teja sendiri, ini cerita aku selebih nya ALLAH sahaja yang maha mengetahui kebenaran setiap apa yang terjadi.
cantik permandangan di atas cabLEcar di langkawi yang tertinggi di asia, wow seram gak bila naik tu dia berhenti then angin yang meniup kuat terhoyong hayang rasanya ketika di atas ni. huhuhu korang datang langkawi kene naik caBLEcar ni sebab best sangat.
NAMPAK TAK BELAKANG TU MAKAM MAHSURI, HUHU TERUJA NYA.
Ini Gambar MAHSURI yang di bunuh dengan kejam.
Kisah mahsuri yang boleh aku share ada 4 cerita berbeze dan tidak pasti yang manakah kebenaran sebenar. hanya allah yang maha mengatahui sahaja yang tahu apa terjadi kepada arwah mahsuri yang dibunuh dengan kejam ketika ia mengidam kan buah untuk bayi yang ada didalam perutnya..
Pelbagai cerita yang didengar dari aku kecik sehingga aku skrg yang dapat menjejak kaki di pulau langkawi dan mengetahui serba sedikit tentang mahsuri.
kisah drama mahsuri lama yang pernah kulihat , mahsuri sebelum disule dia bersumpah bahawasanya menitik darah putih dari tubuh nya maka langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur 7 keturunan
mahsuri.
Mulut ke mulut cerita disebarkan dan ada perbezaan namun tidak lah begitu ketara perbezaan cerita,
bermula dengan versi yag pernah ditulis oleh seorang hamba allah yang bernama ismail hanapiah,
mahsuri telah dibunuh dengan menggunakan keris pusaka ayahnya setelah pelbagai cara untuk membunuh nya tidak berhasil.
akhirnya mahsuri mahsuri yang tidak tertahan dengan penyeksaan itu memberitahu bahawasanya dia hanya boleh dibunuh dengan keris itu.
dan dia teleh dibunuh oleh 'Aria" orang kanan dato perkarma jaya.
apabila ia ditikam menusuk ke tubunya
maka terpancutla darah putih yang kemudian hilang di udara.
Manakala cerita Hajah Tom Binti Dato Abdul Razak,
menceritakan, mahsuri dibunuh oleh datuk Muda Laksamana
apabila petanda yang di arahkan supaya membunuh mahsuri tidak mampu dan terlalu sedih untuk menjalan kan hukuman ke atas mahsuri,
oleh itu kerana terlampau marah dia sendiri tampil menikam mahsuri menggunakan sebilah keris hingga tertusuk didada mahsuri dan tergamam seluruh penduduk napabila melihat darah putih tersembur ke arah datuk Muda Laksamana.
dan akhir cerita yang didengar dari penduduk phuket pula, menyatakan mahsuri tidak boleh dibunuh selain menggunakan keris nya sendiri dan terpancut darah putih di udara namun tidak setitik pun menerpa ke bumi, dan burung burung berterbangan melindungi tubuh mahsuri dari bahaya matahari.
Jadi bila di congak kembali cerita yang aku dengari di langkawi ini, aku rasa kematianya dikam oleh keris nya sendiri dan darah terpancut dan sumpahan pun terjadi di langkawi, sehingga sebiji benih ditanampun takan tumbuh sehingga 7 keturunan nya.sinopsis aku sndiri, korang aku tak tahu sebab yang lebih mengatahui hanya ALLAH.
ini la dia Tugu Lang di Dataran Helang berhampiran jeti Kuah
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telahmenjadi sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya pulau yang terbesar.Nama Langkawi ialah kombinasi antara Lang-dan-KawiLangkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand.Berapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah. Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890M dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi Geopark.Lang' Pada suatu masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang burung mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.kawi tak silap saya ia berhati merah tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa. kawi dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
jadi ini sahaja story yang berkaitan dengan helang tapi ada juga yang mengatakan tugu helang ini dibuat kerana pada zaman dahulukala, ada sekor helang gergasi yang menyinggah di pulau ini dan membuat sarang di pulau langkawi dan akhirnya helang itu mati di stu dan untuk mengingati penduduk langkawi membuat patung helang ini, allahuallam ini semua saya tak pasti tahap kebenaran cerita ini, kerana mungkin hanya penduduk yang lebih berpengatahuan pasal langkawi sahaja yang lebih tahu cerita disebalik dongengan atau cerita sebanar di PULAU LANGKAWI INI.
jadi ini sahaja story yang berkaitan dengan helang tapi ada juga yang mengatakan tugu helang ini dibuat kerana pada zaman dahulukala, ada sekor helang gergasi yang menyinggah di pulau ini dan membuat sarang di pulau langkawi dan akhirnya helang itu mati di stu dan untuk mengingati penduduk langkawi membuat patung helang ini, allahuallam ini semua saya tak pasti tahap kebenaran cerita ini, kerana mungkin hanya penduduk yang lebih berpengatahuan pasal langkawi sahaja yang lebih tahu cerita disebalik dongengan atau cerita sebanar di PULAU LANGKAWI INI.
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan Legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
- Gergasi Bertarung
- pULau Dayang BUNtiNg
- Mahsuri
- Puteri Dayang Sari
- Telani dan Telanai
- Geroda dan Jentay
- Telaga Tujuh
namun sejahrah langkawi yang aku mengatahui sepanjang aku di sana banyak menjurus kepada kisah mahsuri, dan dayang bunting, selebih nya seperti pulau yang banyak helang, dan aku juga dapat menyaksikan helang memakan habuan ikan, but tak sempat untuk mengambil gambar kerana terlalu pantas sang helang menyambar habuanya itu.
so ini sahaja cerita yang sempat aku share pada hari ini, hope enjoy...
No comments:
Post a Comment